Selamat Hari Lahir Untuk Diri Sendiri

Hari ni 24 Mei 2011 genaplah umur saya 31 tahun…huhu….dah tua ek….hahaha

Nampaknya macam biasalah tetiap tahun memang tiada celebrate yg meriah2 gitu……..biasa kek & mkn2 dgn family je…tp bg sy sekurang2nya dpt ucapan ‘selamat hari lahir` pun dah cukup. thn ni 1st dpt ucapan dr kwn baik & rapat by sms..then awal pg dr sang suami…dr anak2 lmbt sikit sbb pepagi diorang x bgn lg..so kene tunggu blk umah kot nnt br dpt dgr diorang nyanyi utk ibu diaorang…

dpt lak Ucapan2 dlm FB dr kwn2 ..terima kasih semua kwn2 yg mendoakan saya….

Apapun saya nak nyanyi sikit untuk diri sendiri….

SELAMAT HARI JADI,
SELAMAT HARI JADI,
SELAMAT HARI JADI TO ME……

Semoga Allah kurniakan tubuh badan dan kesihatan yang baik dan jauhkan segala penyakit yang berbahaya padaku, murahkan rezekiku dan keluargaku, dan bukakan hatiku untuk sentiasa beribadat pada MU YA ALLAH. AMIN YA ROBBIL ALAMIN.

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Tanaman

Selain memasak, menjahit, menyulam..bercucuk tanam juga adalah hobi saya dan menjadi salah satu cara untuk saya isi masa lapang dan juga sabagai terapi hilangkan stress…bila tgk hasil tanaman menjadi rasa gembira je..bila rasa gembira secara tidak langsung stress pun boleh hilang walau untuk sementara waktu… 🙂

antara tanaman yg saya pernah semai dan ada hasil, x kira la pokok bunga ke pokon sayuran ke..apa2 je la,,,…


pokok orkid..byk lg pokok orkid yg sedang berbunge x sempat nak snap pic


pokok lada benggala yg xdisangka tumbuh…dan sedang berbuah…spt pic bawah tu

pokok bunga raya..pokok ni pun ade byk jenis dan warna..merah oren, putih..tp sy suke yg ni… pernah nampak warne purple..mcm nak rembat je kan..hahaha nnt x idup lak…

Posted in hasil tanaman | Leave a comment

Hobi baru saya

lama sangat x update blogni..sejak habis kursus langsung x post apa2 yg baru…hrmmm…tiada idea la…

nak cerita la sikit hobi baru ni….walaupun pada orang lain ni hobi lama..dan ada orang lain dah jadikan ini sebagai sumber pendapatan…xpe2…tu org lain ..ni  saya kan..

SULAMAN REBEN/ ribbon embroidery.

sangat-sangat dan sangat sangat suka sangat tgk hasil sulaman orang lain.. cantik sgt..teruja tengok…dah lama bercita2 nak balajar buat nak hasilkan sendiri sulaman reben ni…

akhirnya belajar2 sendiri & melalui buku dan juga internet dapat juga saya hasilkan sehelai dua sulaman reben ni..walaupun hasil x secanik org2 yg dah pro..tp jd juga la….setakat tu je lah 3 hasil dr sy…

Posted in jahit mejahit... | Leave a comment

Kuih Lompang

Antara kuih yang pernah dicuba buat untuk dimakan sekeluarga…



Bahan-bahannya:

  2 1/2 cwn tepung beras

  1/2 cwn tepung ubi

 1 cwn gula

 1 sdt esen vanilla/rose

 4 cwn air

 Daun pandan

 Kelapa parut & garam

 Pewarna (ikut suka)

Cara-cara bikin:

1.             Panaskankukusan.

2.            2 cwn air dicampur ke dalam tepung beras dan tepung ubi. Mesrakan.

3.             2 cwn air lagi dimasak dengan gula dan daun pandan.

4.            Satukan kedua-dua bahan ini. Letak esen vanila.

5.            Boleh bahagikan kepada beberapa bahagian dan titiskan warna.

6.            Tuangkan bancuhan ke dalam acuannya. ( acuan kecil berwarna merah ).

Sebelum itu acuannya hendaklah dioles dengan minyak sedikit agar bila kita henda kkeluarkannya ketika sudah masak nanti kuih tak melekat.

7.             Kukus kuih dalam masa 15 minit. Letakkan kain kat penutup pengukus tu biar air wap tu tak menitik kat dalam kuih nanti.

8.            Tunggu kuih sejuk sekejap baru kita cungkil dari acuannya.

9.            Taburkan kelapa parut yang telah dicampur dengan sedikit garam.

10.          Sedia untuk di ngap.

Resepi asal dr sini http://riniasral.blogspot.com/2009/05/resepi-kuih-lompang.html



Posted in jom masak2..... | Leave a comment

makan tengahari

Anda sudah makan tengahari?

Jam menunjukkan jam 1.38pm..pasti ramai yg sudah menikmati makan tengahri… saya pun sudah.. kebiasaannya bila hadir kursus mesti ada makan…saya baru saje selesai makan..nasi+ayam+daging..air mango..Alhamdulillah…kenyang…

bila kenyang…mata pun mengantuk…tp ….

untuk hilangkan ngantuk ..konon la hilang…kita dengar lagu….

Posted in hiburan.. | Leave a comment

HTML

Hiburan untuk gelak tawa..tak kan nak serius je kan…dapat juga release tension bila tengok ucop wilcha ni…gelak je…

Posted in hiburan.. | 1 Comment

Sarapan Pagi….

Assalamualaikum…

selamat pagi…

semoga ceria dipagi selasa yg selesa ini…

Anda sudah sarapan?
Apakah yang kita ambil untuk sarapan pagi ini?


“Nasi lemak ayam goreng dengan kopi o panas..”
“Roti canai telur dengan teh tarik mamaklah..”
“Telur separuh masak..”
” Mee goreng basah dengan telur goreng

 

 

wah sedapnya menu….

Sarapan merupakan hidangan terpenting dalam diet harian. Persoalannya mengapa sarapan sangat penting kepada kita?… Sarapan 

Apa kata ibudarwisy : ibu belum sarapan lagi…. lapar la

Posted in jom masak2..... | Tagged , , | Leave a comment

bab 2..

Setiap peserta dah kekenyangan setelah menikmati makan tangahari yang sangat sedap..lepas solat kami pun memulakan pembelajaran yg seterusnya…kalau kursus lain biasa dah ngantuk dah ni..hehehe…tapi nak buat pembinaan la katakan mana leh mengantuk kan..

teori & latihan diteruskan dengan menyentuh bab berikut :

i. Comment
– Publlish Comment
– Leave a Reply
– Notify via e-mail

ii. Widget
– Search
– Text
– Archives
– Link
– Meta
– Blog Start
– RSS
– Lain-lain

Posted in belajar blog | Tagged , , | Leave a comment

pembelajaran kedua: Bab 1

Selepas menikmati sarapan pagi yang sedap-sedap semuanya kami diajar la pula bab 1… yg awal-awal pagi smlm tu hanya pengenalan je…:)

Dalam bab ini…sebelum pergi lebih jauh memasing yang nak bina blog tu mesti la buat ‘Registration’.. bab nak registration ni pun rupanya amik masa lama…lagi-lagi bagi saya yang sememangnya tak tahu pasal blog ni…

Rupanya nak create blog pun susah juga bagi orang macam saya yang memang zero dalam pembinaan blog. Tapi menurut kata En. Fuad..memang itulah senarionya..bile memula nak create blog..semua lebih kurang same je..bab nak create ni yg amik masa banyak…mcm nak ngamuk je bila agak-agak macam tak menjadi hehehe …tapi bila dah create..ok je.. hehehe…

Antara topik yang disentuh:

Registration
Layout
Edit Theme

Post : Add New
Edit Article
Create Categories
Post Tag

Publish : Draft
Public/Password

banyak lagi yang disentuh ada juga beberapa tips yang telah disampaikan….

Posted in belajar blog | Tagged , , | Leave a comment

Selamat Tinggal Kegagalan, Selamat datang kejayaan

..arghhhhhhhhhhhhhhhh.. aku gagal lagi
Kenapa kau hadir dalam hidupku..
Bukan kau yg kupinta..
Aku inginkan kejayaan dan bukannya engkau..
Nyahlah kau dari aku..
Aku tak ingin kau berkampung dalam diriku..
Pergilah kau …

… kegagalan pun berbisik…
Aku ini makhluk tidak berakal..
Aku datang setelah dipanggil..
Tingkah lakumu mengundangku..
Berulangkali kau memanggilku.
Dengan berat kumendekatimu..
Bukan sengaja kuhadir dalam dirimu..
Kau yang bertanggungjawab mengundangku..
Cuba kau ingat.. bukankah kau yg mengundangku
Panggillah kejayaan agar aku menghilang..

…kejayaan berbisik dari jauh…
Aku ini makhluk bernama kejayaan..
Pastiku hadir bila kau bersedia..
Aku hadir bila kau berilmu..
Aku hadir bila kau rajin berusaha..
Hadirkan aku dalam keinginanmu yang dalam..
Bangunlah kau..
Kuatkan minda..kuatkan semangat
Jika kau telah bersedia..ucapkanlah…
Selamat tinggal kegagalan, selamat datang kejayaan…
Agar kuhadir dalam dirimu..

sumber: HBB 27March2011

Posted in madah berhelah | Tagged , , , , , | Leave a comment